Tuesday 18 September 2012

Ayat Blog Aku Skema Ke ? So ?



Tentu korang penah guna atau baca ayat dibawah :


" fuhh .. Giler skema ayat aku "


" jadah ape aku skema pulak ni ? "


" alamak !!! Terskema la pulak "


Apa yang aku nak sampaikan adalah .. Wajarkah penulisan skema tahap gaban diguna pakai dalam penulisan blog ?


Cube korang baca ayat skema aku yang ni :


Dalam kesuraman pagi yang dingin bak peti ais samsung keluaran terbaru , Aku dan kawan2 keluar berjoging tanpa seurut mandian menyentuhi tubuh ketika kami berlepas menunaikan kewajipan yang sunat iaitu berjoging .. Skema tak ? Haha


Pada pendapat aku .. Penggunaan ayat skema tu tak salah sebenarnya .. Sekurangnya - kurangnya bahasa melayu tercinta ni tak terjajah dek bahasa moden yang kita sendiri tak tahu dari mana asal usulnya .. Pehh gile skema .. Haha ..


Skema tu tak salah .. Apa yang penting adalah bentuk dan gaya yang kita corakkan menggunakan ayat skema tu yang penting .. Menulis macam melukis jugak .. Cuma dalam melukis kita menggunakan garisan .. Garisan yang baik menghasilkan lukisan yang cantik .. Tak kira lah garisan tu bengkak bengkok atau lurus .. Yang penting hasil dia tu macam mana .. Samalah jugak dalam penulisan , cuma dalam penulisan kita melukis menggunakan huruf2 dan abjad2 ..

No comments:

Post a Comment