Bukan kerana paras dan rupa ,
Menyayangimu sepenuh hati ,
Bukan kerana emas permata ,
Cintaku tulus suci .
Bumi yang mana tak ditimpa hujan ,
Lautan mana tak bergelora ,
Begitu juga dengan kasih kita ,
Penuh ranjau berduri .
Berjanjilah oh kekasih ,
hanya aku bertahkta dihatimu ,
Buanglah kesangsianmu ,
hulurkanlah seribu kasih sayang .
Usah diungkit sejarah dulu ,
luka yang pahit biarkan berlalu ,
Selagi nyawa dikandung badan ,
Engkau tetapku sayang ..
Bez kot lagu nie . ;)
No comments:
Post a Comment